Saturday, February 9

sini bukan amerika



“Angkatlah please, tolonglah angkat”
“Please angkat telefon please,”
Sudah berapa kali dia call tapi tak berangkat. Hari yang panas membuatkan badannya berpeluh-peluh, walhal, dia hanya memakai t-shirt dan seluar pendek. Hari yang panas membuatkan hatinya turut panas.

Penat sebenarnya, padahal tak jalan kaki pun. Sampai depan rumah bila call masih belum ada jawapan di talian penghujungnya, hal ini membuatkanya marah. Di fikiranya belum pernah terjadi lagi situasi telefon tidak berangkat seperti ini.

Terdetik di akalnya untuk menghubungi telefon rumah. Tetapi selalunya yang akan call dulu. Ika lah yang lazim akan memulakan perbicaraan di telefon mereka setiap malam, telefon rumah digunakan jika Ika mahu berjimat. Padahal, kalau Ika mahu mengunakan postpaid telefon, ibu-bapanya tidak pernah kisah untuk membayar bilnya. Tapi entah kenapa Ika memilih untuk mengunakan pelan prepaid.

Teragak-agak dia nak call rumah Ika, tapi terpaksa sebab malam ni dia kena kerja and mungkin tak dapat jumpa sampai  hari esok.
“Err, kakak tak adalah. Rasanya dia keluar,”

“Oh okay. Dengan siapa eh, dia tak bagitahu pun,”

“Dengan boyfriend dia rasanya. Nak pesan apa-apa tak?”




_________________________________________________________________________________





Situasi yang panas dihari yang panas membuatkan hati menjadi lebih panas,  jika disukat dengan thermometer jarumnya pasti habis angka untuk berpusing. Seperti mahu  pecah rasa jantungnya bila dibayangkan balik, ketika adik Ika memberitahu dia keluar dengan lelaki misteri. Hancur luluh pecah seribu hatinya dgn fakta yang baru saja dilemparkan tepat ke lohong telinganya. Dia memulas throttle Ego sampai ke hujungnya, dia menunggang dgn laju selaju air matanya yang mengalir membasahi pipinya.

Tak sampai lima minit dia dah sampai depan rumah, dia terus ambil baju kerja, siap dan keluar. Biasanya dia salam mak dia dulu lepas lunch tapi nak makan pun tak selera.

Tak tahulah berapa traffic light dia langgar, tapi dia selamat sampai kat tempat kerja. Pergi stor, campak helmet dan jacket, dan dia sedia jadi hamba 7Eleven dari 1 tengahari  hingga 10 malam. Penat sebenarnya hidup macamni. Hari tak ada kelas kena kerja, hari cuti kena siapkan tugasan. Study lagi. Nak harapkan duit Ptptn memang tak cukup.
Dia memeriksa telefon mana tahu Ika ada call balik. Haram tak ada. Dia still fikir baik. Mana tahu kawan, ataupun classmates, ataupun mungkin adik Ika tersalah tengok. Penat fikir sebenarnya. Lagipun dia tahu Ika takkan buat macamtu dekat dia. Bukan baru sebulan mereka dalam perhubungan.

“Hoi Ami. Kerja main telefon je apahal. Orang lain ada awek jugak oi,”

“Haha lepak la Bob. Orang tak ramai. Bukan aku call pun,” padahal dia just tengok telefon yang tak ada apa-apa mesej pun. Tengah tahan air mata sebenarnya.

“Untunglah. Aku ni pun tak ada siapa orang nak. Nak ngorat awek macam mana entah pakai baju cashier. Sial,”

“ Alah mesti ada punya. Mesti ada punya awek minat orang chubby-chubby sikit macam kau,”

“Sial kau Ami. Hah awek kau macam mana, kau still kekasih gelap ke macam mana ni?”

Dua-dua terdiam sekejap.

“Wehhh janganlah nangis kat sini!”




_________________________________________________________________________________





Pukul 3 pagi baru Ika call balik. Dia balik kerja pukul sepuluh, terus pergi rumah Ika. Lelaki tu hantar dia balik, Ika macam tak terkejut pun melihat Ami ada menunggu di depan rumah. Lelaki tersebut tidak menegur langsung Ami, selepas itu mereka bertukar senyuman dan berpisah. Ami cuma mejadi penonton sambil duduk di atas motor. Lepas Ika habis lambai dekat kereta lelaki tu Ika terus berjalan ke arah Ami. 

“Lama tunggu?”

“Lama jugak. Sejam. Sekarang dah pukul sebelas,”

Ika meletakan tanganya di atas kepala Ami, mungusap-gusap rambutnya. Basah sikit. Mungkin dekat sini hujan baru berhenti, kata Ika dalam hati. Sejuk malam tu.

“Ami balikla dulu okay. Nanti malam Ika call. Bawak motor elok-elok tau,”

Banyak jugak dia nangis dalam perjalanan balik rumah. Walaupun dekat je sebenarnya, dia ambil jalan jauh. Takut emaknya melihat matanya yang merah berair kalau dia sampai rumah tak habis nangis lagi. Lapar gila balik kerja so dia pun makan dulu. Lepastu dia pun duduk dekat sofa depan tv, dengan telefon dekat tangan, sampai pukul 3 pagi barulah dia dapat bercakap dgn Ika.

“Ami, awak tahu kan kita tak boleh. Saya harap awak faham,”

Dia diam. Dia cuba ingat balik apa Ika cakap dekat dia sebelum ni.

“Saya harap kita masih boleh jadi kawan. Macam biasa. Macam dulu-dulu,”

“Tapi kita dah janji,”

“Ami, awak tahu kan. Saya dah bagitahu awak yang saya kena fikir dulu. Benda ni bukannya main-main,”

“Awak dah janji nak tunggu kan,”

“Ami, saya taknak pun. Awak tolonglah faham,” Ika pun terus letak telefon meninggalkan Ami. 

Diruang tamu rumah itu, bercampur-aduk bunyi tv dengan bunyi orang menangis. Tiba-tiba dengar bunyi orang turun dekat tangga, awal sangat mak dia turun sahur kalau nak puasa sunat pun. Dia terus tutup tv dan bergerak kearah bilik dia, masih dalam pakaian kerja.

Masuk ke bilik dia terus tanggalkan semuanya. Dia pun pandang kearah cermin, menangis lagi. Dia menangis sambil peluk bantal, sambil tengok bilik dia yang bersepah dengan baju-baju dekat lantai. Dia pun ambil baju kerja yang ada nametag dengan nama Ami dan campak ke dalam bakul baju kotor. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik dia diketuk.

"Ye mak. Kenapa," kata Ami sambil memerhatikan lekuk-lekuk badannya di depan cermin. 

"Dah sembahyang isyak Amirah? Sempat lagi ni sebelum tidur. Esok kalau bangun pergi ambil baju kurung dah siap, mak letak duit kat meja. Kalau bangunlah kan,"








No comments:

Post a Comment